Dinar, fakta yang perlu kita tahu...
"Artikel ini sy petik dari website www.tranungkite.net yang ditulis oleh emas10. Just utk share dengan pembaca-pembaca sekalian tentang kepentingan & fakta dinar demi memartabatkan matawang syariah Islam."
Artikel ini dihasilkan untuk menambahkan lagi maklumat dan usaha penyebaran ilmu tentang kepentingan memiliki dinar supaya semakin ramai masyarakat Islam menukar sebahagian duit kertas mereka kepada sekeping dinar emas 917 seberat 4.25 grams.
Penulis percaya ramai pembaca TKO memahami dan berpengetahuan luas tentang runtuhnya nilai dollar Amerika dan bagaimana kapitalis atau lebih spesifik lagi yahudi merencanakan penguasaan mereka di dunia ini dengan hanya menggunakan wang kertas atau lebih dikenali sebagai fiat money.
Istilah inflasi juga adalah perkataan biasa dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja.
contoh mudah menceritakan isu inflasi boleh digambarkan seperti senario berikut.
Sebungkus nasi lemak standard biasa pada tahun 1990 berharga 30 sen. Setelah membayar kita akan menikmati nasi lemak bersama telur rebus dibelah empat, sedikit sambal bilis ,timun dan dibalut dengan daun pisang. Di luarnya pula dibalut dengan kertas surat khabar.
nasi lemak standard yang sama berharga RM 1.20 pada tahun 2011.
kenaikan barang lain turut berlaku dan semua pihak merasainya.
Sekeping dinar pada tahun 2005 adalah sekitar RM250. Sekiranya disimpan dalam peti besi, tidak diusik dan dibuka pada hari ini (29 April 2011) harganya telah meningkat kepada RM680. Peningkatan melebihi 300%.
Contoh lain, Seorang pegawai kerajaan N41 menikmati gaji di antara RM2500 ke RM2800. Sekiranya gaji mereka dibayar dalam bentuk dinar pada tahun 2005, mereka akan menerima 10 keping dinar setiap bulan. Pada hari ini , 29 April 2011, mereka sebenarnya menerima sejumlah RM6800 setiap bulan. layak untuk memandu BMW ke pejabat tidak seperti pegawai kerajaan hari ini yang hanya mampu memandu kereta buatan tempatan seperti Proton dan Myvi. Agak pelik situasi ini kerana pegawai kerajaan di negara luar mampu memandu kereta yang agak mewah tanpa perlu dipantau oleh agensi rasuah seperti SPRM.
Gaji atau pendapatan isi rumah berjumlah RM2500 masih dikira bawah paras kemiskinan mengikut kajian kerajaan negeri Selangor kerana sewa rumah teres yang standard pun sudah mencecah RM1000 di Shah Alam.
Emas terbukti berjaya mengharungi semua zaman sukar seperti peperangan, bencana alam, kemelesetan ekonomi, inflasi dan deflasi. Peratusan kenaikan nilai tahunan juga adalah tinggi dan konsistan dalam anggaran 28% setahun.
Satu lagi contoh terbaik kekuatan emas ialah peristiwa tsunami di Jepun bulan Mac lepas. Kerosakan dan kerugian berbillion dollar yang dialami oleh negara matahari terbit tersebut ternyata memberi kesan kepada Jepun, namun mereka berjaya bangkit dalam masa sangat singkat dan memperbaiki kemudahan insfrastruktur dalam masa sebulan.
Mereka tidak meminta bantuan luar atau membuat pinjaman.
Antara rahsia (yang bukan rahsia sebenarnya) ialah kerana Jepun mempunyai simpanan emas 700 tan. Mereka mencairkan sebahagian dari simpanan emas tersebut dan menukarkan nya kepada matawang yen, bukan Dollar.
Jika ALLAH takdirkan tsunami tersebut melanda malaysia tercinta ini, dapatkah kita bangkit seperti Jepun? tambahan pula simpanan emas kita hanya 40 tan.
Tidak perlu kita menuding jari pada pihak lain kerana rezab emas negara kita agak kecil. Antara langkah yang wajar diambil ialah kita sendiri bertindak menyimpan emas setidak tidaknya sekeping dinar.
Emas boleh di dapati dalam berbagai bentuk. Jongkong atau bar 999, barang kemas seperti rantai dan gelang dan juga dalam bentuk dinar. Kekangan kewangan selalu dijadikan alasan untuk memandang sepi seruan membeli dan memiliki emas. Emas selalu dianggap sebagai mainan orang kaya dan berada atau pun sebagai medium 'cuci duit haram" orang kaya atau perasuah. Persepsi sebegini patut diubah kerana ia tidak memberi impak positif atau apa pun kebaikan kepada kita.
Dinar mampu dimiliki kerana berat dan saiz yang lebih kecil.
Terdapat banyak syarikat yang menjual emas dalam bentuk dinar. Buat perbandingan antara syarikat syarikat ini dan beli dari salah satu yang anda sukai. Dinar lebih baik dijadikan medium simpan nilai berbanding emas perhiasan kerana upah yang lebih rendah.
Jadikan dinar sebagai hadiah kepada orang tersayang atau sebagai tanda peghargaan kepada pekerja yang setia dan layak dihargai. Dinar boleh juga dibeli secara berjadual sebagai simpanan untuk hidup kita di masa depan.
Lonjakan Harga Emas - Emas aset selamat dalam era ketidaktentuan ekonomi
Petikan daripada akhbar KOSMO! - Khamis 14 April 2011
LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.
Harga emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini - Gambar hiasan |
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas terus naik kerana pelabur bersikap lebih berhati-hati ekoran kebimbangan terhadap nilai dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang tinggi di negara-negara Eropah.
Emas yang menjadi pemacu utama buat pembeli barang kemas dan pelabur dilihat sebagai aset selamat dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi dan politik.
India merupakan pengguna emas terbesar dunia yang menyumbang kepada kenaikan permintaan terhadap barang kemas global.
Menurut GFMS, kenaikan permintaan di India adalah sebanyak 11 peratus kepada 2,017 tan setahun. India membeli sebanyak 685 tan emas naik sebanyak 36 peratus.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Prof. Dr. Jariah Masud memberitahu, meskipun harga emas sentiasa meningkat dengaan kadar yang tinggi namun permintaan dalam kalangan orang ramai tidak pernah putus.
Menurut beliau, pembelian emas dalam kalangan orang ramai tidak terjejas memandangkan logam tersebut akan terus dibeli oleh mereka yang berkemampuan.
"Harga emas tidak pernah turun dengan mendadak dan kalau turun pun hanya sedikit kerana nilai emas merupakan aset terunggul, tidak boleh dimanipulasi, tahan lasak serta tiada susut nilai serta kalis inflasi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bagaimanapun beliau memberitahu, orang ramai perlu membezakan tujuan mereka membeli emas sama ada sebagai mengikut naluri keperluan atau pelaburan.
(Sumber akhbar Kosmo!)
Bagaimana untuk menjadi serta berjaya sebagai usahawan / peniaga emas??
Assalamualaikum W.B.T.
Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips bagaimana untuk menjadi serta berjaya sebagai usahawan / peniaga emas.
Tips-tips ini saya petik dari seorang usahawan emas yg berjaya iaitu En. Syukor Bin Hashim melalui laman web beliau http://jutawanemas.com/. beliau juga merupakan General Manager Public Dinar Sdn. Bhd. Anak syarikat Public Gold...
Perniagaan Emas.
Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
Sekarang cuba bayangkan…
Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana :-
- Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
- Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
- Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
- Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.
Tips perniagaan emas yang berjaya :
Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
- Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
- Anda mempunyai pembeli yang baik
- Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
- Sifat amanah dan boleh dipercayai
- Banyak ilmu berkenaan emas.
Ok, mari saya huraikan satu persatu :-
1. Pembekal yang baik.
- Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
- Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
- Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
- Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.
2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
- Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
- Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
- Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
- Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
- Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
- Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
- Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
- Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan. Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..
5. Banyak ilmu tentang emas.
- Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada, maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
- Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
- Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
- Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
- Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
- Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.
Sebarang kemusykilan / pertanyaan
untuk menjadi seorang usahawan / peniaga emas
untuk menjadi seorang usahawan / peniaga emas
anda boleh hubungi saya :-
Call / SMS : 013-2294737
Email : trade.emas@gmail.com
Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas - Dr M
Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir
LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) — Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.
“Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat…nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir pada hari Rabu. “Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain,” katanya.
Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport. Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.“Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik…mereka jadi kaya,” katanya.
Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.“Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam…sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting.” “Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya,” katanya.
Sumber : BERNAMA
27 Mac 2011
Assalamualaikum W.B.T...
Pada tarikh 27 Mac 2011, bermula secara rasminya saya sebagai dealer Public Gold setelah saya menghadiri Public Gold Entrepreneurship Programme bagi dealer-dealer baru.
Speaker pada program/training tersebut adalah En. Syukor Hashim & Dr. Azahari Othman a.k.a Dr. Luv (Salah seorang pengajar AF semasa musim Mawi dulu). Pelbagai ilmu & pengetahuan baru & bermanfaat telah diperolehi dari otai-otai Public gold ini. Terima kasih kepada speaker yang telah menyampaikan ilmu-ilmu ini.
Sijil disampaikan oleh speaker En. Syukor Hashim
(No. Agen dealer yang diperolehi juga agak menarik A5515)
Setelah menghadiri program/training ini, semangat saya makin berkobar-kobar untuk berjaya sebagai seorang agen Public dealer disamping mendidik masyarakat betapa pentingnya kita menyimpan/melabur di dalam EMAS ini. Saya juga berharap agar suatu hari nnti saya juga akan menjadi seperti speaker-speaker ini.. InsyaAllah...
Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Emas??
Ramai orang tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk membeli emas? Bila anda bertanya kepada saya jawapan yang saya berikan adalah SEKARANG
Adakah sesuai harganya nak beli sekarang? Jawapan saya SESUAI
Kenapa saya katakan demikian? cuba perhatikan carta SPOT GOLD di bawah
Adakah sesuai harganya nak beli sekarang? Jawapan saya SESUAI
Kenapa saya katakan demikian? cuba perhatikan carta SPOT GOLD di bawah
Carta ini adalah pergerakan emas dari Mac 2001 hingga Mac 2011. Dapat di perhatikan pada Mac 2001, harga emas hanya berada pada paras lebih kurang USD 255.000 / oz. Dan 10 tahun kemudian, harga emas telah mencecah ke paras lebih kurang USD 1435.00 / oz. Kenaikan hampir 5 kali ganda. (1 oz bersamaan 28.3495g).
Secara purata, kenaikan emas ini adalah sebanyak 30% setahun. Jadi, mulakan sekarang. Jangan menyimpan wang kertas yang tidak diback-up oleh mana2 logam. Nilai wang akan susut akibat inflasi. Bertukarlah kepada emas. Protect your wealth. Ini kerana emas adalah logam terpilih dan matawang sunnah. Ia sudah dijanjikan oleh Allah sebagai simbol kekayaan.
Sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas anda, saya merupakan authorise dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd. Harga emas bar yang kami jual adalah dibawah harga pasaran emas di Malaysia. Sila rujuk http://www.fgjam.org.my/ bagi mengetahui harga pasaran emas di kedai2 emas di seluruh Maalaysia.
Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai harga gold bar yang kami jual, anda boleh merujuk pada sidebar blog ini atau di laman web rasmi Public Gold : http://www.publicgold.com.my/ di mana harga tersebut diupdate setiap 20 minit.
Untuk sebarang kemusykilan/pertanyaan
Sila hubungi / SMS saya di talian : 013-2294737 Azhar
atau E-mail : trade.emas@gmail.com
Harga Emas Jatuh - Masa yang sesuai bagi pembelian emas
Assalamualaikum W.B.T.
Harga emas jatuh merundum hari ini ke bawah USD1400/oz susulan gempa bumi dan tsunami serta kebimbingan kebocoran loji nuklear di Jepun. Apabila harga emas murah ini merupakan peluang terbaik bagi anda untuk membeli emas ataupun menyertai perniagaan/pelaburan emas.
Ini kerana pada harga emas murah ini, anda dapat membeli emas dengan kuantiti yang banyak pada harga yang berpatutan. Jika anda berniaga atau berlabur menggunakan emas, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat pembelian dan menyimpan stok emas anda. Apabila harga emas naik semula ianya boleh jual pada harga pasaran semasa dan pasti akan menguntungkan anda!!!
Ini kerana pada harga emas murah ini, anda dapat membeli emas dengan kuantiti yang banyak pada harga yang berpatutan. Jika anda berniaga atau berlabur menggunakan emas, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat pembelian dan menyimpan stok emas anda. Apabila harga emas naik semula ianya boleh jual pada harga pasaran semasa dan pasti akan menguntungkan anda!!!
Graf emas bagi 3 hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan yang ketara
Untuk membeli @ menjadi dealer, anda boleh hubungi saya :-
Call/SMS : 013-2294737
Email : trade.emas@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)